PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN & AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAIK BAGI 2026 MASJID MUKIM JAJAHNA JELI DAN MUZAKARAH PENOLONG DAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK PEJABAT AGAMA JAJAHAN JELI

Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.

#
Khamis, 29-Januari-2026, 8:00 pagi
Dewan Bahagia Masjid Jamek Sultan Muhammad 1, Jeli

Alhamdulillah, telah berlangsung pada hari ini Program Tafaqquh Fiddin & Agihan Bantuan Awal Persekolahan MAIK bagi Tahun 2026 bersama Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PPNCR) Pejabat Agama Jajahan Jeli bertempat di Dewan Bahagia, Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.

Bantuan Awal Persekolahan MAIK 2026 bagi Jajahan Jeli ini yang berjumlah sebanyak RM158,550 telah diagihkan kepada 20 buah Masjid Mukim Jajahan Jeli pada program ini. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan yang telah mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan ini.

Terima kasih diucapkan kepada 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻. 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗮 (Timbalan Ketua Jajahan Jeli yang mewakili Ketua Jajahan Jeli) hadir merasmikan majlis ini, 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 (Pegawai Agama Jajahan Jeli) yang mengisi slot Muzakarah PPNCR Jajahan Jeli, dan semua para Imam Tua Masjid Mukim Jajahan Jeli yang hadir ke program ini.

Semoga segala pengisian dan sumbangan yang disampaikan memberi manfaat kepada semua serta meringankan beban para asnaf khususnya di Jajahan Jeli.

Top