Liputan Kemeriahan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu oleh Bernama

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Jumaat, 27-Februari-2026, 6:00 petang
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Lebih 2,000 umat Islam tidak melepaskan kesempatan untuk berbuka puasa di Masjid Muhammadi, Kota Bharu hari ini.

Seawal jam 6 petang lagi, orang ramai mula hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengambil tempat sementara menunggu azan maghrib. Ada yang membawa juadah sendiri untuk dinikmati bersama di pekarangan Masjid Muhammadi.

Pihak masjid menyediakan juadah berbuka secara percuma setiap hari sepanjang Ramadan dengan menyediakan sendiri hidangan seperti nasi, lauk-pauk, kuih-muih serta minuman untuk pengunjung yang hadir.

Selain itu, terdapat juga individu dan pihak tertentu yang menyumbang makanan sebagai sedekah berbuka puasa sekali gus memeriahkan lagi suasana di masjid itu.

Kemudahan tikar dan ruang dataran yang luas memudahkan jemaah berbuka dalam suasana teratur sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Mustaqim Khairuddin | BERNAMA


Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan) membuka peluang kepada orang ramai melaksanakan tajaan sempena Program Ihya Ramadan 1447H/2026.


Sumbangan boleh dibuat melalui; Bank Muamalat (M) Bhd (JK Masjid Muhammadi KB 03010006364719) atau scan QR Code yang tertera di poster hebahan.

#Bernama

#Ramadan

#BerbukaPuasa

#MasjidMuhammadi

Top