MAJLIS SAMBUTAN AMBANG RAMADAN & PELANCARAN TEKS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1447H / 2026M

Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas

#
Isnin, 16-Februari-2026, 7:50 malam
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang Kelantan

πŸŒ™ MAJLIS SAMBUTAN AMBANG RAMADAN & PELANCAREN TEKS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1447H / 2026M πŸŒ™


Dengan penuh hormat dan takzim, pihak penganjur menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai ke Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang bagi bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Ambang Ramadan dan Pelancaran Teks Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan seperti ketetapan berikut:


πŸ“… Hari: Isnin

πŸ“† Tarikh: 16 Februari 2026

πŸ•° Masa: Selepas Solat Maghrib

πŸ“ Tempat:

Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra

(Masjid Beijing), Rantau Panjang


πŸ› Jamuan Rakyat: Gulai Kawah


✨ Majlis akan dirasmikan oleh:

YAB Dato’ Panglima Perang

Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud

Menteri Besar Kelantan


🀲 Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia dengan mengimarahkan masjid, memperkukuhkan ukhuwah serta menghidupkan budaya Al-Quran dalam kehidupan seharian.


πŸ“’ Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Kehadiran anda amat dialu-alukan dan sangat dihargai.


πŸŒ™ Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT serta menjadi amal soleh untuk kita semua. 🀍✨

Top