๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐จ ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐๐ก
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
๐ฎ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐ฆ๐ก๐๐ก
๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐จ ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐๐ก
Malam Nisfu Syaaban telah diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan di Masjid Jamek Mahmoodi Bachok. โOghe Bachokโ berhimpun bersama-sama bagi menghidupkan malam yang mulia ini melalui bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali, disusuli dengan doa dan munajat memohon keampunan serta rahmat daripada Allah SWT. Majlis telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Fakhrul Shafikh Imam Muda Masjid Jamek Mahmoodi Bachok. Suasana malam dipenuhi dengan ketenangan, pengharapan serta semangat muhasabah diri dalam memperbaharui keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga segala amalan dan doa yang dipanjatkan diterima oleh-Nya, serta kita semua dikurniakan keberkatan, keselamatan dan keimanan yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #nisfusyaban #surahyasin #masjidbachok #doaselamat
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
Kuliah Subuh 15 Mac 2025 (Sabtu) bersama Al-Fadhil Ustaz Dr. Hj. Mohd Zin bin Mohmood
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu