𝗚𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚 - 𝗥𝗢𝗬𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
𝟯𝟬 𝗝𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧
𝗚𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚 - 𝗥𝗢𝗬𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
Alhamdulillah, telah berlangsung aktiviti gotong-royong keceriaan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bandar Bachok bagi mengangkat dan menyusun semula belindang kubur yang terjejas akibat pemendapan tanah. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan kawasan perkuburan sentiasa terpelihara, kemas dan terurus. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan hadir berganding bahu menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan tenaga yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #kuburmukimbadarbachok #bachok #kubur #pantaiiramabachok #masjidbachok