Ceramah Perdana Sempena Israk Dan Mikraj 2026
Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.
Pada hari Khamis , selepas solat Maghrib, telah berlangsung 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗸𝗿𝗮𝗷 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.
Majlis ilmu ini telah disampaikan oleh 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗭𝘂𝗹 𝗔𝗹 𝗠𝘂𝗸𝗵𝗹𝗶𝘀𝗶𝗻 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇, seorang pendakwah bebas, yang telah mengupas pengajaran serta hikmah besar peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah , khususnya berkaitan kepentingan solat sebagai tiang agama dan penghubung antara hamba dengan Allah SWT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh para jemaah yang hadir beramai-ramai dalam mengimarahkan masjid serta sama-sama menimba ilmu dalam majlis yang penuh keberkatan ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat dihayati, diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi asbab kebaikan serta keberkatan buat kita semua.