Catatan Ceramah Majlis Sambutan Peristiwa Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan 1447H/2026 di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu oleh Al-Fadhil Dr Muhammad Lukman Ibrahim
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
26 Rejab 1447H |16 Januari 2026
[CATATAN CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1447H]
Disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Muhammad Lukman Ibrahim:-
- Menerima peristiwa Israk Mikraj adalah bukti keimanan kepada Allah Yang Maha Berkuasa
- Mengamalkan solat yang difardhukan pula adalah keberuntungan bagi kita Umat Nabi Muhammad kerana asalnya 50 waktu namun dikurangkan sehingga 5 waktu, akan tetapi ganjarannya tetap sama
- Solat kita sekarang adalah kesan daripada peristiwa Israk Mikraj dan ini adalah satu-satunya perintah yang mana Rasulullah perlu naik bertemu Allah dan menerimanya
- Ini menggambarkan besarnya kebaikan dan kesan bagi mereka yang menunaikan solat
- Ikutilah kesungguhan Rasulullah yang tetap menunaikan solat walaupun Baginda suci dari dosa
- Inginkan hidup yang berkat, maka solatlah
- Lebih-lebih lagi berjemaah di Masjid