Amanat Pengurusan oleh Al-Fadhil Imam Besar negeri Kelantan

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Khamis, 15-Januari-2026, 9:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

25 Rejab 1447H | 15 Januari 2025

[Amanat Pengurusan Daripada Imam Besar Negeri Kelantan kepada kakitangan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu]

Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi Bin Mokhtar (Imam Tua) memulakan ucapan dengan memberitahu agar segala amanat yang diterima hari ini dapat diterjemahkan dan mengekalkan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu sebagai contoh.Setelah majlis diserahkan kepada Al-Fadhil Dr Haji Muhamad Hana Pizi Bin Abdullah (Imam Besar Negeri Kelantan), beliau pertama sekali menekankan keberuntungan bagi mereka yang terpilih berkhidmat di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.Mengekalkan niat iklhas dan fokus kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.Imam Besar juga menyebut bahawa hargailah peluang ini kerana bagi yang meninggalkan Masjid ini dengan tindakan tidak sesuai, hampir pasti, tiada peluang untuk kembali lagi.Masjid adalah tempat menyuburkan iman dan takwa, ianya mestilah dicerminkan terlebih dahulu oleh petugas Masjid.

Akhir sekali Imam Besar berpesan agar bekerjalah dengan budaya Islam dan upayakanlah juga pengimarahan Masjid sebaiknya.

Top