PELANCARAN TABUNG IHYA' RAMADAN 1447H/2026M MASJID JAMEK JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA (MASJID BEIJING)
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang Kelantan
Rab, 14-Jan-2026
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
17 Rejab 1447H | 7 Januari 2026
Ziarah Asnaf
Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi Bin Mokhtar (Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) bersama Puan Yusnita Muhamed Yusoff (Pengarah YADIM Negeri Kelantan) menziarahi anak mukim Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.
Program dengan kerjasama YADIM Negeri Kelantan ini telah mengunjungi 14 buah rumah yang terlibat. Sumbangan barangan dapur dan juga sedikit wang tunai disalurkan kepada mereka.
Semoga sumbangan kecil yang disalurkan dapat membantu meringankan beban mereka semua. Insha Allah. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi membantu asnaf.