𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞

Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

#
Khamis, 1-Januari-2026, 9:00 pagi
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 | 𝟭 𝗝𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞


Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diwakili al-fadhil Ust Fakhrul Shafikh Imam Muda Masjid Jamek Mahmoodi Bachok telah menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Bandar Bachok yang merupakan jemaah tetap masjid dan menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai kepada keluarga mangsa. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.00 pagi ketika mangsa sedang tidur dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan barangan rumah dan dokumen-dokumen penting. Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan berharap kesemua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang dihadapi.


#maik #masjidjamekmahmoodibachok #kebakaran #bantuanmaik #masjidbachok

Top