Muse king Cup 2026

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Jumaat, 2-Januari-2026, 8:00 pagi
Pihak Luar

Pasukan Masjid Faiz FC berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga dan keempat bersama dalam kejohanan Muse King Cup 2026 yang berlangsung pada 2 dan 3 Januari 2026 bersamaan 14 Rejab 1447H.

Kejohanan bola sepak tersebut telah menghimpunkan pelbagai pasukan dari sekitar Gua Musang dan sekitarnya, sekali gus menjadi platform mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur Muse King Cup 2026 atas peluang dan ruang yang diberikan kepada pemain-pemain yang mewakili Masjid Faiz FC untuk menyertai kejohanan ini.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada para pemain, malah turut menyemarakkan semangat kesukanan serta perpaduan dalam komuniti.

Top