Program Khitan Perdana Peringkat Masjid Jamek Tengku Muhamad Faiz Petra Gua Musang

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Ahad, 4-Januari-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

 Program Khitan anjuran Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang telah berlangsung dengan lancar.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. En. Mohd Roshdi Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Pengerusi Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra. Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ YB Syahbuddin Hashim, Ahli Yang Berhormat ADUN Galas.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Othman bin Saufi, Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Seramai hampir 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Khitan pada tahun ini. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Top