Program Pegawai Masjid Mukim Bersama Polis IPD Gua Musang
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
Program kali ini, pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang telah menjemput pihak IPD Gua Musang bersama para imam masjid mukim di bawah seliaan Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.
Program seumpama ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara para imam masjid dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti tidak bermoral di kawasan masjid mukim masing-masing.
Dalam masa yang sama, pihak IPD Gua Musang turut memperkenalkan satu aplikasi iaitu VSP Mobile, di mana melalui aplikasi ini para imam masjid boleh membuat laporan secara terus dan lebih mudah menggunakan aplikasi tersebut.
Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak IPD Gua Musang atas kesudian hadir dan menjayakan program ini di Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang