𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐫𝐚-𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦

Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.

#
Selasa, 28-Oktober-2025, 8:00 pagi
Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐫𝐚-𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 anjuran 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝟏 𝐉𝐞𝐥𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐢 bertempat di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝟏, 𝐉𝐞𝐥𝐢 selama 2 hari berturut-turut.

Kursus ini memberi pendedahan dan kefahaman kepada 100 orang peserta berkenaan ilmu rumah tangga, tanggungjawab suami isteri, komunikasi dalam perkahwinan serta persediaan mental dan spiritual sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Pihak masjid merakamkan penghargaan kepada Pejabat Agama Jajahan Jeli serta para penceramah yang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penuh hikmah.

Semoga para peserta mendapat manfaat dan bersedia membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah. 🤲🏼

Top