𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚, 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
𝗔𝗛𝗔𝗗 | 𝟯𝟬 𝗡𝗢𝗩 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚, 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diwakili Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok Al-Fadhil Ust. Wan Mohd Fikri telah menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kg Penghulu Mat Din Tawang Bachok dan menyampaikan sumbangan segera wang tunai kepada keluarga mangsa. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi dan difahamkan keluarga mangsa tiada dirumah. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan barangan rumah, bengkel perabot dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Turut hadir bersama menziarahi keluarga mangsa Imam Tua Masjid Mukim Tawang. Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan berharap kesemua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang dihadapi.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #kebakaran #bantuanmaik #masjidbachok