MAJLIS BACAAN DAN KHATAM AL QURAN PERDANA
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
π΄πππππ π²πππππ π¨π-πΈππππ π·πππ πππ π―πππππ π³ππππ 300 π·ππππππ π π π΄π¨πΊπ°π·
KUBANG KERIAN β Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra (MASIP) dengan kerjasama Himpunan Pendokong Al-Quran (HPQ) telah menganjurkan Majlis Bacaan dan Khatam Al-Quran Perdana pada malam tadi, melibatkan lebih 300 peserta, termasuk 280 peserta berdaftar dan selebihnya hadir secara walk-in.
Program edisi ketujuh ini menyaksikan pembentukan lima kumpulan bacaan, yang berjaya menyempurnakan sebanyak lima kali khatam 30 juzuk melalui pembahagian setengah juzuk bagi setiap peserta. Suasana majlis berlangsung tertib dengan alunan bacaan al-Quran yang menyatu dalam suasana tenang dan teratur.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada urusetia HPQ, warga kerja MASIP, serta pasukan sukarelawan yang memastikan kelancaran majlis. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada para peserta, terdiri daripada jemaah MASIP serta wakil masjid-masjid dan surau-surau dari pelbagai kawasan, atas penyertaan dan komitmen mereka.
Penghargaan juga disampaikan kepada para penyumbang dan penginfaq yang terus menyokong program pengimarahan masjid. MASIP berharap penganjuran seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh kecintaan masyarakat terhadap al-Quran serta memperluas manfaatnya kepada ummah.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
Ketibaan Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Almarhum Sultan Ibrahim ,Tengku Laksamana Kelantan di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)