BANTUAN SEGERA MAIK KEPADA MANGSA RIBUT DI KG NELAYAN KANDIS, BACHOK
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
𝗥𝗔𝗕𝗨 | 𝟮𝟲 𝗡𝗢𝗩 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗥𝗜𝗕𝗨𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗗𝗜𝗦, 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diwakili Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok Al-Fadhil Ust. Wan Mohd Fikri telah menyantuni keluarga mangsa ribut di Kg Nelayan Kandis Bachok dan menyampaikan sumbangan segera wang tunai kepada keluarga mangsa.
Kejadian angin kencang berlaku kira-kira jam 6 petang telah memusnahkan sebahagian rumah beliau.
Turut hadir bersama menziarahi keluarga mangsa Imam Tua Masjid Mukim Kg Nelayan. Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan berharap kesemua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang dihadapi.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #aginribut #bantuanmaik #masjidbachok