sekitar Penganjuran Forum Diskusi Buku “100 Tahun Yusoff Zaky Yacob (1925-2025): Himpunan Esei Penghormatan Kepada Yusoff Zaky Yacob”
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
21 Jamadilawal 1447H | 12 November 2025
"Golongan cerdik pandai yang memanfaatkan akal fikiran dan ada hati budi, itulah golongan Ulul Albab".
Demikian ucapan YB SS. Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan) ketika merasmikan Forum Diskusi "100 Tahun Yusoff Zaky Yacob (1925-2025): Himpunan Esei Penghormatan Kepada Yusoff Zaky Yacob" & Majlis Peluncuran Buku.
Penganjuran majlis ini menandakan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu sebagai simbol penting warisan ilmu di Kelantan.
Yussof Zaki Yacob nama besar dalam dunia kepengarangan dan penerbitan buku di Kelantan. Tahun 1960an majalah Dian dan majalah Santajiwa diterbitkan saban bulan. Beliau adalah editor sekaligus penerbit. Majalah ilmiah dan digest Melayu itu sangat terkenal ketika itu.
Yusof Zaki Yacob lahir 31 Oktober 1925, ayahnya seorang ulamak yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Yacob Ahmad, Lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Titih baris keluarganya dari kalangan peniaga dan pemilik percetakaan terkenal di Kelantan, Pustaka Dian dan Pustaka Aman.