Sekitar Pengajuran Hari Sukan Negara di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Sabtu, 11-Oktober-2025, 6:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

19 Rabiulakhir 1447H | 11 Oktober 2025

Hari Sukan Negara peringkat Negeri Kelantan di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

"Melalui kesejahteraan (sukan) kita boleh terus aktif beribadah" #MalaysiaAktif

Demikian ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di hadapan kira-kira 10 ribu pengunjung yang hadir seawal solat Subuh berjemaah.

Bacaan doa pula diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hairul Azizi Bin Mokhtar, Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.

Turut hadir memeriahkan acara ialah YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama serta ketua-ketua jabatan dan negeri.

Kemeriahan acara dan juga maklum balas positif sehingga di peringkat persekutuan menggambarkan penganjuran Hari Sukan Negara di satu-satunya Masjid seluruh Malaysia tahun 2025 ini menjadikan Kelantan sebagai peneraju sukan untuk dakwah.

Top