Lawatan pelajar-pelajar dan pensyarah seni bina dari Universiti UCSI ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan)

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Khamis, 2-Oktober-2025, 11:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

10 Rabiulakhir 1447H / 2 Oktober 2025


Alhamdulillah, pada Hari ini Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu menerima kumpulan kedua pelajar-pelajar dan pensyarah seni bina dari Universiti UCSI seramai 25 orang (Muslim dan bukan Muslim) termasuk pelajar-pelajar antarabangsa yang membuat kajian tentang senibina Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.


Selain daripada itu, lawatan berpandu dan penerangan tentang Masjid Jamek Muhammadi telah diberikan oleh Pemandu Pelancong Masjid, Suriati Abdul Halim, Pensyarah mereka iaitu Cik Intan Liana juga memberi penekanan kepada mereka bagaimana sesebuah masjid itu di bina dan menerangkan tentang bagaimana kombinasi senibina di terapkan dalam pembinaan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu ini hasil pengaruh daripada senibina daripada zaman kolonial (Moorish).


Alhamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar dan pensyarah dari Universiti UCSI kerana memilih Masjid Jamek Muhammadi sebagai bahan kajian mereka.

Top