𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗛𝗨𝗕𝗕𝗨𝗡 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗦𝗔𝗪 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞

Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

#
Isnin, 22-September-2025, 8:00 pagi
Pantai Irama Bachok

𝟮𝟮 𝗦𝗘𝗣𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗛𝗨𝗕𝗕𝗨𝗡 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗦𝗔𝗪 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞


Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Hubbun Nabi SAW peringkat Jajahan Bachok bagi tahun 1447H. Majlis perarakan ini melibatkan hampir kesemua Jabatan, Agensi Kerajaan, NGO serta Masjid-masjid yang berdekatan dalam Jajahan Bachok. Majlis perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Alfadhil Ust Mohd Asri Mat Daud, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Turut bersama dalam majlis kali ini Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok merangkap Pengerusi MJMB, alfadhil Ust Wan Mohd Fikri bin Wan Sani, Imam Tua MJMB serta para ajk masjid. Majlis ini bertujuan menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat dan semoga penyertaan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.


#maik #masjidjamekmahmoodibachok #hubbunnabi #maulidnabi #bachok #masjid #perarakan

Top