TADARUS AL-QURAN
MASJID JAMEK TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
Sel, 4-Mac-2025
Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh
Alhamdulillah.. Program Biro Muslimah bersama Asnaf pada hari ini mengajar memasak pulut kuning. Cara Penyediaan amat mudah dan tidak memerlukan masa yang Lama. Semua peserta amat berpuashati dengan teknik yang diajar.
InsyaAllah.. Dengan ilmu yang diajar serta dorongan dapat membantu golongan asnaf menceburi bidang perniagaan. Pulut kuning menjadi salah satu juadah yang tidak pernah luput walaupun kemunculan pebagai jenis juadah pada ketika ini. Selain dari mangambil tempahan pulut kuning juga boleh diletakkan di kedai-kedai makan pagi.
Semoga peserta dapat mengambil manfaat dan berjaya menambah pendapatan keluarga.