Kuliah Subuh Khas sempena Hari Arafah

Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang

#
Jumaat, 6-Jun-2025, 6:00 pagi
Masjid Jamek Sultan Yahya Petra Machang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Kuliah Subuh Khas sempena Hari Arafah telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada hari Jumaat, 6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah.

Program yang penuh keberkatan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi penghayatan umat Islam terhadap keistimewaan Hari Arafah, iaitu hari yang disifatkan sebagai antara hari terbaik dalam Islam.

Kuliah ini menjadi medan untuk para jemaah menimba ilmu, memperkukuh kefahaman agama, serta menyemai semangat pengorbanan dan keikhlasan sebagaimana dicontohkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat membuktikan komitmen tinggi terhadap ilmu dan kecintaan kepada hari-hari kebesaran Islam. Semoga segala ilmu dan penghayatan yang diperoleh menjadi bekal dalam memperkukuh jati diri Muslim yang sejati serta mempererat ukhuwah dalam kalangan umat Islam.

#kuliahsubuhkhas

#cintaimasjidkita❤️

Top