
Program Tafakkur Al-Quran
Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang

Khamis | 20 Mac 2024 | 19 Ramadan 1446H
Alhamdulillah telah diadakan Program Tafakkur Al-Quran bersama pegawai-pegawai masjid mukim dalam jajahan Machang yang dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Osman Bin Mat Zin, Imam Tua Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot.
Program ini telah berlangsung selama 2 jam lebih yang mengupas mengenai isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam dan menghayati segala isinya untuk diamalkan bersama.
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua pegawai masjid mukim dan ahli jemaah yang bersama hadir untuk sama-sama mengambil peluang menambah ilmu.
Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang hadir dan mengikutinya seterusnya dapat dikongsikan bersama yang lain.