FunRun Semarak Kemerdekaan MASIP Kubang Kerian

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

#
Khamis, 28-Ogos-2025, 8:30 malam
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

✨ FunRun Semarak Kemerdekaan MASIP Kubang Kerian ✨

Alhamdulillah, program FunRun Semarak Kemerdekaan anjuran Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra (MASIP) telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan semangat ukhuwwah.

Program dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Mulk, seterusnya ucapan aluan Imam Tua, sebelum para peserta bersama-sama menghayati nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersempena bulan kelahiran Baginda.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

🤝 KB Kearong Runner yang sudi bekerjasama menjayakan program,

👮‍♂️ PDRM yang memastikan keselamatan dan kelancaran acara,

🚑 Bulan Sabit Merah yang sentiasa bersedia memberikan khidmat kecemasan dan kesihatan kepada peserta.

Semoga usaha ini menjadi pemupuk semangat ukhuwwah dan terus menyemarakkan semangat kemerdekaan serta kecintaan kepada masjid, agama, bangsa dan negara. 🇲🇾

#FunRunMASIP

#SemarakKemerdekaan

#MASIPKubangKerian

Top