Penarafan 5 bintang Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) kepada Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Selasa, 26-Ogos-2025, 8:00 pagi
Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua kakitangan dan Ahli Jawatankuasa masjid yang telah bertungkus lumus mengurus dan mentadbir Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah diberi penarafan 5 bintang untuk kali kedua oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).Penarafan masjid oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dijalankan di bawah Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023 untuk menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan serta pentadbiran masjid. Negeri Kelantan Darul Naim telah menunjukkan kejayaan besar dalam pelaksanaan program penarafan ini dengan peningkatan bilangan sebanyak 29 buah masjid telah mencapai status 5 bintang untuk penarafan pada tahun 2025 berbanding pada tahun 2023 iaitu sebanyak 5 buah sahaja yang diberi penarafan 5 bintang.


Top