LENSA PROGRAM KHATAM AL-QURAN Peringkat Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang, Kelantan
Masjid Jamek Razaleigh Bandar Gua Musang
Sel, 17-Mac-2026
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
Pihak pengurusan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima kunjungan seramai 37 orang murid dan 6 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Kadok untuk mendengar penerangan berkenaan dengan sejarah masjid dan lawatan sekitar kawasan masjid. Taklimat dan lawatan sekitar kawasan masjid telah disampaikan dan dipandu oleh Puan Suriati binti Abdul Halim (Pemandu Pelancong Masjid). Lawatan diakhiri dengan penyampaian sedikit cenderahati daripada pihak Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan) sebagai tanda kenang-kenangan.