
NIGHT RUN 2.0 MASJID JAMEK MUHAMMADI KOTA BHARU PADA 30 JULAI 2025 (RABU)
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Masjid Jamek Muhamamdi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan) dengan kerjasama Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol akan mengadakan Program "NIGHT RUN 2.0 MASJID JAMEK MUHAMMADI KOTA BHARU PADA 30 JULAI 2025 (RABU)". Program bermula dengan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan Bacaan Surah Al-Mulk. Peserta larian akan berkumpul di Dataran Masjid Jamek Muhamamdi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan) untuk memulakan larian selepas selesainya Bacaan Surah Al-Mulk. Dengan jarak larian kira-kira 8 km, peserta akan berlari menuju Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol dan akan berpatah balik menuju Masjid Jamek Muhamamdi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan) untuk menamatkan larian. Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Kemudi Timur Elektronik kerana menjadi penaja water station untuk Night RUN pada 30 Julai 2025 nanti.