
Lawatan dan rehlah minda 40 Orang Ahli Muslimat dari Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu ke Masjid MADAD, Sungai Petani Kedah
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

25 JULAI 2025/29 MUHARRAM 1447H
Alhamdulillah..seramai 40 Orang Ahli Muslimat dari Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah mengadakan lawatan dan rehlah minda ke Masjid MADAD, Sungai Petani Kedah,bagi menghadiri program pengajian kitab dan mendalami ilmu dakwah..
Rehlah minda pertama,kami singgah bergambar di R&R Amiza Titiwangsa..Alhamdulillah…dpt menikmati udara yg agak sejuk dan panorama yang cukup indah Kurniaan ArRahman buat hambaNya..
Setiba di Kedah, rehlah ke-2 kami terus melawat Menara Jam Sungai Petani dan Taman Jubli Perak, serta menikmati hidangan makan malam di Garden Station…
Last untuk hari ini kami tiba di tempat penginapan untuk beristirehat serta menyimpan tenaga untuk program seawal pagi esok di Masjid Darul Murtadza @ MADAD..
Semoga Allah permudah segala urusan kami semua..insyaAllah..