Penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Khamis, 17-Julai-2025, 8:30 pagi
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Pada 17 Julai 2025 tiga orang wakil daripada Majlis Agama Islam Kelantan telah hadir ke Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang bagi menjalankan penilaian dan pemantauan berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah Program Standard Penarafan Masjid Malaysia.

Antara aspek yang dinilai ialah tadbir urus masjid dan dokumentasi, kualiti pelaksanaan program dan aktiviti masjid, tahap kebersihan dan penjagaan fasiliti, Keterlibatan komuniti dan kehadiran jemaah, pengurusan kewangan dan penyelenggaraan aset, peranan imam, bilal, dan ahli jawatankuasa.


Program penilaian ini diharapkan dapat menjadi satu motivasi kepada pihak pengurusan masjid untuk terus mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pengimarahan masjid. Segala teguran dan cadangan yang diberikan oleh pihak MAIK akan diambil tindakan sewajarnya

Top