PROGRAM STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM)

Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas

#
Selasa, 22-Julai-2025, 10:00 pagi
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan.

🌟 Selamat Datang Panel Penilai Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) ke Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra 🌟


Tarikh: Selasa, 22 Julai 2025 / 26 Muharram 1447H

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi: Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan


Kami dengan rasa rendah hati mengalu-alukan kehadiran barisan panel penilai SPMM yang sangat dihormati:


🔹 En. Mohd Sufi bin Mohd Yusoff

🔹 En. Muhamad Nabilunnaim bin Mohamad

🔹 En. Muhammad Haikal bin Hasmezam


Sesi lawatan dan penilaian berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dalam suasana penuh harmoni dan saling menghargai peranan masjid dalam pembangunan ummah.


Antara komponen yang dinilai oleh para barisan panel penilai adalah:


  1. Komponen Pengurusan (35%)
  2. Komponen Pengimarahan (35%)
  3. Komponen Kemudahan Prasarana (20%)
  4. Komponen Persekitaran (10%)


Semoga segala perkongsian dan penilaian yang diberikan dapat menjadi panduan untuk kami terus mempertingkatkan mutu pengurusan serta fungsi masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan komuniti.


🤝 Terima kasih atas kunjungan dan bimbingan.

✨ Masjid kami sentiasa terbuka untuk kebaikan bersama.

Top